Berita

JHEAINS lancar Pelan Strategik Jabatan 2025-2027

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah melancarkan Pelan Strategik Jabatan 2025-2025 yang bertema ‘Gemilang Untuk Ummah’.

Pelan strategik yang dilancarkan itu adalah bagi memperkukuhkan syiar Islam selain meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan mengembangkan potensi jenama.

Ia juga bertujuan memastikan setiap warga JHEAINS mempunyai hala tuju yang sama.

Tema yang digunakan kali ini adalah menandakan bahawa JHEAINS akan terus memacu kejayaan baharu dalam tempoh 2025-2027.

Secara tidak langsung, ia juga menjadi tekad JHEAINS untuk terus maju dalam memperkasakan perkhidmatan demi kemaslahatan ummah.

Show More

Related Articles

Back to top button