Berita
JKM buka kaunter dua kali sebulan di Taman Seremban Jaya
SEREMBAN JAYA: Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya membuka kaunter perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kekerapan dua kali setiap bulan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, pejabatnya menawarkan khidmat urusan permohonan bantuan JKM yang akan dikendalikan oleh pegawai JKM sendiri.
“Kaunter ini akan dibuka pada hari Khamis dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari setiap minggu kedua dan minggu keempat.
“Para pemohon boleh mengambil peluang dengan hadir sendiri dan berjumpa dengan pegawai JKM untuk urusan permohonan bantuan JKM,” katanya.