BeritaMenarikProgram

Keluh kesah Guru KAFA dapat perhatian Kerajaan Negeri

RAMADHAN: Guru KAFA dari Sekolah Kebangsaan Seri Klana, Seremban, Norqayimah Misdani, 40, berzahirkan rasa syukur di atas kenaikan elaun daripada RM1,000 kepada RM1,050 sejak tahun 2019.

“Saya mengajar sejak tahun 2015 dengan elaun RM1,000 sebulan.

“Alhamdulillah dalam Belanjawan 2019, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan kenaikan elaun Guru KAFA kepada RM1,050 sebulan.

“Baru-baru ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Kerajaan Persekutuan) pula menaikkan elaun RM100 sebulan. Saya bersyukur kini elaun Guru KAFA adalah RM1,150 sebulan,” ulas Norqayimah.

Norqayimah berkata, beliau bersyukur dalam keadaan peningkatan kos sara hidup, kebajikan Guru KAFA mendapat perhatian Kerajaan Negeri Sembilan sejak tahun 2019.

“Saya sangat hargai dan bersyukur di atas kenaikan elaun ini.

“Terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Menteri Besar Negeri Sembilan kerana beri perhatian kepada keluh kesah Guru KAFA Negeri Sembilan,” kata Norqayimah.

Show More

Related Articles

Back to top button