BeritaMenarik

JOHOL: 482 individu kurang kemampuan terima bantuan kewangan RM195,180

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah telah menyalurkan bantuan kewangan kepada 482 individu di DUN Johol pada Ogos 2023 dengan jumlah perbelanjaan RM195,180.

Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (Pilah-PH) berkata, penerima Bantuan Warga Emas adalah yang paling ramai iaitu seramai 181 orang, diikuti dengan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja seramai 113 individu.

“Seterusnya Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya 75 orang dan Bantuan Am seramai 73 orang.

“Bantuan Penjagaan Pesakit/OKU Terlantar 19 orang dan bagi Bantuan Anak Pelihara adalah seorang.

“Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM195,180,” kata Noorzunita.

Menurut Noorzunita Begum lagi, jumlah penerima bantuan kewangan JKM yang ditamatkan dari Januari hingga Ogos 2023 adalah sebanyak 30 kes.

“Antara sebab penamatan disebabkan pelbagai faktor iaitu meninggal dunia sebanyak 13 kes, berpindah ke luar daerah lapan kes, tidak layak melebihi PGK JKM RM1,169 sebanyak lima kes dan kanak-kanak telah mencapai umur 18 tahun (Bagi Bantuan Kanak-Kanak) empat kes,” ujar beliau.

Noorzunita Begum berkata demikian bagi menjawab pertanyaan ADUN Johol, YB Saiful Yazan Sulaiman di Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke-15.

YB Saiful Yazan Sulaiman (Johol-BN)
Show More

Related Articles

Back to top button