Berita
Jualan Harga Ladang DUN Ampangan Jumaat ini
AMPANGAN: Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin DUN Ampangan akan diadakan pada Jumaat ini
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, program ini merupakan manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri Sembilan terhadap kenaikan harga barang yang terus menghimpit rakyat.
“Oleh itu, program ini dapat membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat dalam waktu yang sukar ini.
“”Barangan yang dijual pula murah 20 peratus hingga 30 peratus berbanding harga pasaran,” kata Mohamad Rafie.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh: 16 Jun 2023 (Jumaat)
Masa: 8:30 pagi hingga 10:00 pagi
Lokasi: Padang Bola Sepak Gedong Lalang 162
Orang ramai dijemput hadir.