Berita
Jualan Harga Ladang DUN Gemas terima sambutan
GEMAS: Jualan Harga Ladang DUN Gemas terima sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.
Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman berkata, barangan yang dijual di program tersebut lebih murah berbanding harga pasaran.
“Terima kasih kepada penduduk Kampung Londah dan sekitarnya yang hadir.
“Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang mewujudkan inisiatif ini,” kata Siti Aishah.