Jualan Komuniti Ceria Rasah tawar harga barang murah
SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB.P.Gunasekaren bersama Ahli Parlimen Rasah YB Cha Kee Chin telah melancarkan program Jualan Komuniti Ceria Rasah Siri Ke-3, di hadapan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya.
Gunasekaren berkata, program jualan komuniti ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penduduk Rasah khususnya DUN Seremban Jaya.
“Penduduk telah berkumpul di tapak jualan seawal 7.00 pagi untuk mendapatkan 11 jenis barangan keperluan asas yang dijual lebih murah dari harga pasaran dengan 10 jenis barang yang disubsidi sendiri oleh YB Cha dan satu barang oleh pihak pasaraya NSK.
“Program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi membantu penduduk Rasah, dengan mengambil kira keperluan, kebajikan dan peningkatan harga barangan pada masa kini,” kata Gunasekaren.
Minyak masak peket, gula pasir 1 kg, mee segera, pencuci pinggan mangkuk yang dijual dengan harga RM2.00.
Telur gred A satu papan, beras Jati 5 kg, Milo 1 kg, tisu Compact dijual dengan harga RM10.00.
Sabun pencuci pakaian Dynamo pula dijual dengan harga RM15.00 serta minyak masak 5 kg dengan harga RM30.00.
Bawang besar pula dijual RM2.00/1kg yang disubsidi oleh NSK.