BeritaMenarik

Jualan tiket bas secara online di Terminal 1

SEREMBAN: Sistem Jualan Tiket Bas Secara Berpusat atau Centralised Ticketing System (CTS) telah diperkenalkan di Terminal 1, Seremban bermula 1 September lalu.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, YB J.Arul Kumar berkata, melalui sistem ini juga, pengguna boleh membeli tiket untuk semua laluan bas ekspress dan operator melalui online, iaitu www.terminal1.my.

“Ini sekaligus akan mengurangkan tempoh masa menunggu di Terminal 1.

“Bagi laluan Seremban ke Kuala Lumpur sahaja masih menggunakan cara lama dan ia juga dalam proses terakhir untuk dimasukkan dalam Sistem Jualan Tiket Bas Secara Berpusat.

“Dalam lawatan ini saya juga telah diberikan taklimat berkaitan projek menaiktaraf Terminal 1 Seremban.

“Selepas dinaiktaraf ia akan memberikan keselesaan kepada semua pengguna pengangkutan awam di Seremban,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button