Aktiviti

JUASSEH: Aminuddin santuni 25 keluarga asnaf

JUASSEH: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun memberi sumbangan kewangan kepada 25 keluarga asnaf Kampung Juasseh Tengah.

Aminuddin berkata sumbangan yang diberikan kepada asnaf juga telah dinaikkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

“Terima kasih kepada semua pembayar zakat yang menjalankan tanggungjawab mereka.

“Insya Allah, MAINS akan sentiasa berusaha menguruskan zakat yang dibayar dengan amanah dan tanggungjawab,” kata Aminuddin.

Terlebih dahulu Aminuddin turut menyantuni pengunjung bazar Ramadan Pekan Juasseh.

Beberapa pengunjung juga dibelikan makanan oleh beliau untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button