Menarik

Taufek beri sumbangan kewangan kepada 20 keluarga asnaf

PAROI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani telah memberikan sumbangan kewangan serta ‘Bakul Ramadhan’ kepada 20 keluarga asnaf di Kampung Sentosa.

Mohamad Taufek berkata, keluarga asnaf tersebut telah disenaraikan okleh Ahli JawatanKuasa Masjid serta pihak Rukun Tetangga Kampung Sentosa.

“Semoga sumbangan kewangan dan kuih raya yang diberikan ini dapat memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri tidak lama lagi,” kata Mohamad Taufek.

Sumbangan tersebut diserahkan selepas beliau berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah di Surau Al-Falah, Kampung Sentosa.

 

Show More

Related Articles

Back to top button