Berita

Kaedah polibeg gantung, memaksimakan ruang tanaman

PORT DICKSON: EXCO Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir memuji FAMA Negeri Sembilan yang memperkenalkan kaedah tanaman polibeg digantung.

Bakri berkata, projek penanaman tersebut menggunakan kaedah baharu di mana polibeg pokok digantung yang seterusnya membolehkan tanaman lain untuk ditanam di bawahnya.

“Bagi projek ini, FAMA Negeri Sembilan telah menanam pokok timun dalam polibeg yang digantung, manakala pokok sawi ditanam di bawahnya.

“Kaedah ini membolehkan para petani untuk memaksimakan ruang dan seterusnya menambah pulangan.

“Saya difahamkan bahawa pokok timun tersebut sudah berada dalam kitaran kelima dan telah mula memberikan keuntungan.

“Tahniah saya ucapkan kepada FAMA Negeri Sembilan yang berjaya mengetengahkan kaedah penanaman yang progresif dan inovatif.

“Semoga badan tersebut sentiasa terkedepan dalam meningkatkan kebolehpasaran produk penanaman di Negeri Sembilan khususnya, dan Malaysia amnya, Insya Allah,” katanya.

Bakri mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata demikian di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kelab Sukan FAMA Negeri Sembilan di Institut Latihan FAMA Port Dickson.

 

Show More

Related Articles

Back to top button