Berita

Gunasekaren sumbang RM2,000 kepada Balai Polis Rahang

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberi sumbangan kewangan berjumlah RM2,000 kepada Balai Polis Rahang.

Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut bagi meringankan kos mereka membuat t-shirt.

“Dalam pada itu, saya juga turut memberikan sumbangan RM500 kepada Persatuan Penganut Shang Ling Shah.

“Sumbangan itu bertujuan membantu mereka menjalankan aktiviti keagamaan.

“Semoga sumbangan yang diberikan kepada Balai Polis Rahang dan Persatuan Penganut Shang Ling Shah ini dapat digunakan sebaiknya,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button