Berita

Kerajaan BN/PN gagal kawal kenaikan harga barang

PORT DICKSON: Pengundi seharusnya memenangkan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November ini sekiranya mahu melihat perubahan ketara dalam negara.

Calon Pakatan Harapan Parlimen Port Dickson, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan BN/PN sebelum ini gagal mengawal kenaikan harga barang.

“Akibatnya, setiap individu tidak kira latar belakang terpaksa menanggung akibat dan berbelanja lebih untuk mendapatkan barangan yang sama.

“Saya menyeru kepada semua agar menolak mereka yang gagal ini dan memberikan peluang kepada calon Pakatan Harapan untuk berkhidmat bagi setiap rakyat Malaysia tidak kira parti, agama dan bangsa,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam ceramah kelompok dan beramah mesra bersama masyarakat Ladang Siliau.

Show More

Related Articles

Back to top button