Berita

Masalah bekalan air di Ladang Bukit Pilah akan diatasi: ARUL KUMAR

SEREMBAN: Masalah tekanan air yang rendah di Ladang Bukit Pilah, Rompin telah mendapat perhatian Exco Sumber Manusia dan Perladangan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar.

Arul Kumar berkata, beliau bersama Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan dan pegawai dari Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) telah melawat ladang tersebut bagi mengenal pasti punca masalah dan mencari jalan penyelesaian.

“Masalah tekanan air rendah berlaku selepas meter pukal dan pengurusan ladang juga sedang berusaha untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Pihak ladang dan SAINS akan mengambil beberapa tindakan untuk memastikan bekalan air yang berterusan untuk penduduk di dalam kawasan ladang tersebut,” kata Arul Kumar yang juga ADUN Nilai.

Show More

Related Articles

Back to top button