Berita

Teo seru masyarakat lapor kejadian tanah runtuh

LENGGENG: Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong menyeru kepada semua masyarakat agar melaporkan kejadian tanah runtuh kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kadar segera.

Teo berkata, hal ini demikian bagi mengelakkan sebarang permasalahan atau kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Tambahan pula pada musim hujan ini, risiko tanah runtuh amat tinggi untuk berlaku.

“Secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada orang awam dan Kerajaan Negeri.

“Saya juga ingin menasihati orang ramai supaya berhati-hati sekiranya melalui kawasan yang berisiko lebih-lebih pada waktu malam,” kata Teo.

Teo berkata demikian di sidang media di Majlis Penyerahan Projek Membina dan Membaiki Cerun Runtuh di Rumah Rakyat Panchor, Ampangan.

Show More

Related Articles

Back to top button