Berita
KeADILan Jempol terima kemasukan 237 anggota baharu
PALONG: Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) Jempol menerima kemasukan 237 anggota baharu pada Khamis.
Ketua Cabang KeADILan Jempol, Saudara Rebin Birham berkata, kesemua 237 anggota baharu ini adalah dari DUN Palong.
“KeADILan Jempol berterusan menjalankan pelbagai aktiviti termasuk mendaftarkan anggota baharu.
“Selain menguatkan parti khususnya Cabang Jempol, ini juga salah satu persiapan kita untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 di DUN Palong nanti,” katanya,
Rebin berkata demikian dalam majlis penyampaian Sijil Keanggotaan KeADILan baharu di Pejabat Penyelaras DUN Palong.
Sijil Keanggotaan KeADILan disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya KeADILan Negeri Sembilan, YB Senator Dr.Ahmad Azam Hamzah.