Berita

KeADILan mahu menang lebih banyak kerusi

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, KeADILan mensasarkan untuk memenangi lebih banyak kerusi di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kita mahu menang di kerusi yang belum menang dan pada masa yang sama mempertahankan kerusi yang telah pun dimenangi pada PRU-14.

“”Apa yang kita lakukan adalah berdasarkan data.

“Kita bergerak berdasarkan data bagi memastikan kemenangan di kerusi-kerusi sasaran,” katanya.

Untuk rekod kerusi DUN Sikamat, Ampangan, Labu, Pilah, Sri Tanjung dan Chuah merupakan kerusi yang dimenangi KeADILan pada PRU-14. Manakala parlimen Port Dickson turut dimenangi KeADILan pada PRU-14.

Negeri Sembilan mempunyai 36 DUN dan lapan parlimen.

Aminuddin sambut baik lantikan Rafizi sebagai Pengarah Pilihanraya

Sementara itu, Aminuddin yang juga Naib Presiden KeADILan menyambut baik keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KeADILan yang melantik Timbalan Presiden, Rafizi Ramli sebagai Pengarah Pilihanraya KeADILan.

“Dengan pelantikan Rafizi sebagai Pengarah Pilihanraya akan melancarkan lagi kempen kita.

“Gerakan yang diketuai Rafizi membuat laporan polis ke atas Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak berkaitan tuntutan waris Kesultanan Sulu mendapat sambutan menggalakkan daripada kepimpinan dan ahli akar umbi.

“Ini adalah satu ujian daripada Rafizi untuk melihat respon dan Alhamdullillah ianya mendapat respon yang baik daripada ahli parti,” jelas Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button