Berita

Negeri Sembilan laksana perkhidmatan ‘online’ pejabat tanah

ePTGNS mendekatkan perkhidmatan kaunter kepada rakyat

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melaksanakan perkhidmatan atas talian (online) ePTGNS bagi menambah baik perkhidmatan Pejabat Tanah dan Galian menerusi peruntukkan Kerajaan Negeri sebanyak RM1 juta pada tahun 2021 di bawah bajet Pembangunan RMK-12.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, ePTGNS menawarkan perkhidmatan secara atas talian seperti Bayaran dan Semakan Cukai Tanah, Semakan Status Urusan Tanah, Belian Dokumen Carian Persendirian dan Carian Rasmi, Permohonan Perserahan Atas Talian dan Aplikasi Mobile myPTGNS bagi pengguna telefon pintar.

“ePTGNS yang dibangunkan ini dapat mendekatkan perkhidmatan kaunter terutamanya kepada rakyat dengan perkhidmatan yang lebih cepat dan efisen di Pejabat Tanah dan Galian serta seluruh Pejabat Tanah dan Daerah.

“Pembangunan ePTGNS menggunakan teknologi maklumat terkini dijangka dapat memproses lebih banyak permintaan dan meningkatkan keupayaan operasi dalam menjana hasil negeri.

“Semoga ePTGNS dapat meneruskan kesinambungan penyampaian maklumat kepada semua pelanggan yang berurusan dengan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) khususnya dalam aspek Pentadbiran Tanah di Negeri Sembilan.

“Kerajaan Negeri juga berharap agar kemudahan yang disediakan ini boleh dinikmati oleh rakyat dan dapat mencapai objektif penggunaannya,” ujar Aminuddin dalam sidang media Mesyuarat Pasca Exco di Wisma Negeri hari ini.

Perkhidmatan online memudahkan rakyat berurusan dengan jabatan kerajaan

Aminuddin berkata, berikutan impak pandemik Covid-19 dan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasakan pengurusan dan pentadbiran tanah, perkhidmatan atas talian ePTGNS telah dibangunkan dan beroperasi sejak 6 September 2021.

“Setiap jabatan perlu memastikan perkhidmatan atas talian diperkasakan bagi menjaga kebajikan dan memudahkan rakyat untuk berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan di samping dapat meningkatkan pembangunan ekonomi negeri,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button