Berita
Kejadian tanah runtuh diambil tindakan segera oleh Siti Aishah
GEMAS: Kejadian tanah runtuh berhampiran rumah seorang penduduk di Kampung Bukit Masjid telah mendapat perhatian segera Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aisyah Seman@Othman.
Siti Aishah telah meninjau lokasi tanah runtuh berhampiran dengan rumah Encik Azeri Ahmad bersama Pengerusi MPKK Kampung Bukit Masjid, Encik Misparianto.
“Saya telah memanjangkan pemasalahan ini kepada pihak Majlis Daerah Tampin.
“Kerja-kerja pembersihan tanah runtuh ini telah dilaksanakan dengan kadar segera oleh pihak Majlis Daerah Tampin,” kata Siti Aishah.