Berita
Jalan Palong 12 & 13 yang terputus akan dibaiki segera
PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham berkata, Jalan Palong 12 & 13 yang terputus akibat tanah runtuh akan dibaiki segera.
“Saya juga telah memaklumkan kepada Jurutera Daerah dan Pegawai Daerah Jempol berkaitan kerosakan jalan tersebuat untuk tindakan lanjut,” kata Rebin selepas melawat lokasi tanah runtuh tersebut.
Rebin turut menasihatkan pengguna jalan raya yang menggunakan Jalan Gugusan Palong agar berhati-hati kerana paras air naik di beberapa laluan.