Berita

Aminuddin serah Borang 5A kepada lapan penduduk Kampung Bakar Arang

CHUAH: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyerahkan Borang 5A yang merupakan langkah pertama bagi penduduk Kampung Bakar Arang memiliki geran hak milik tanah.

Aminuddin berkata, borang ini adalah langkah pertama bagi lapan penduduk kampung ini untuk memiliki geran hak milik dengan syarat bayaran premium perlu diselesaikan oleh pemohon sebelum pendaftaran geran dapat dilaksanakan.

“Para pemohon telah menduduki tanah ini sejak tahun 1970an dan secara tidak langsung telah menjana ekonomi setempat selama bergenerasi.

“Pemberimilikan ini melibatkan tanah lot berkeluasan 250 hingga 750 meter persegi bagi setiap pemohon,” katanya.

Aminuddin turut mengingatkan semua penerima tentang tanggungjawab membayar cukai tanah selaku pemilik tanah kelak.

“Manfaat cukai tersebut akan kembali dinikmati oleh para pembayar cukai dalam bentuk kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan infrastruktur dan perkhidmatan tempatan,” ujar Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button