Berita

Mangsa kebakaran terima sumbangan kewangan dari Aminuddin

PORT DICKSON: Dua mangsa kebakaran di Kampung Hailam, Port Dickson menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Kebakaran yang berlaku pada jam 11.00 pagi Ahad itu merebak dengan cepat dan telah memusnahkan 95 peratus rumah Encik Goh Chong Peng.

“Manakala rumah Encik Mok Tuang Yong pula mengalami kerosakan di bahagian dinding akibat api yang terlampau marak.

“Syukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam bencana ini.

“Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson juga akan membantu menggunakan Tabung Bencana bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa,” kata Aminuddin.

Aminuddin menyerahkan sumbangan kewangan selepas menziarahi kedua-dua mangsa pada Isnin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button