BeritaProgram

Jangan percaya pautan kerajaan sebarangan

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah mempercayai sebarang pautan kerajaan tanpa ‘gov.my’.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, sebarang pautan kerajaan perlu berakhir dengan ‘gov.my‘ memandangkan ianya adalah laman sesawang kerajaan.

“Banyak sindiket penipuan menghantar pautan palsu seolah-olah anda boleh menyemak status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menerusi laman sesawang meragukan.

“Ia adalah satu penipuan,” kata Teo.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi, Dato’ Fahmi Fadzil juga turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mesej palsu sebegitu.

Show More

Related Articles

Back to top button