Noozunita lawat mangsa serangan anjing liar

SEREMBAN: Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim telah turun padang bagi melawat pelajar Tingkatan Lima, Darius Hazreeq Mohd Nor Azlan yang diserang anjir liar Sabtu lalu.
Noorzunita berkata, lawatan tersebut adalah bagi melihat keadaan mangsa selepas kejadian.
“Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM175 ribu kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi melaksanakan kawalan anjing liar.
“Selain itu, PBT juga diminta untuk mengambil tindakan serius dalam usaha mengawal anjing liar.
“Majlis Bandaraya Seremban juga akan menjalankan operasi bagi memastikan keselamatan orang ramai serta kejadian seperti tidak berulang lagi,” kata Noorzunita.
Sabtu lalu, Darius Hazreeq dikejar anjing liar berhampiran pusat tuisyennya dan menyebabkan beliau terjatuh.
Oleh sebab itu, beliau mengalami kecederaan dan trauma daripada kejadian tersebut.