YB Kita

Jalan masuk Kampung Baru Bukit Pilah dan Kampung Felcra Rompin diturap semula

JERAM PADANG: Kerja-kerja menurap di persimpangan jalan masuk ke Kampung Baru Bukit Pilah dan Kampung Felcra Rompin sedang giat dijalankan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, kerja-kerja ini merupakan sebahagian daripada projek kerja undi Fasa 2 yang telah diluluskan sebelum ini oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan-jalan kampung di kawasan luar bandar.

“Saya ingin mengingatkan agar pihak kontraktor yang dilantik sentiasa menjaga mutu kerja dan memastikan spesifikasi teknikal dipatuhi sepenuhnya, demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan.

“Lebih-lebih lagi kerana jalan-jalan ini menjadi laluan harian warga kampung ke sekolah, tempat kerja dan ladang.

“Kita tidak mahu projek ini menjadi sekadar menurap sementara tetapi perlu tahan lama dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk JKR Daerah Jempol dan pihak kontraktor yang bertanggungjawab.

“Semoga kerja-kerja ini berjalan lancar dan siap mengikut jadual,” ujar Mohd Zaidy.

Show More

Related Articles

Back to top button