Berita

Ismail sumbang Insentif Kecemerlangan kepada 25 pelajar IPT

LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah menyerahkan sumbangan Institut Pengajian Tinggi kepada 25 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti dan Kolej.

Ismail berkata, pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah menerima RM1,000, Diploma RM750 dan Sijil RM500.

“Tahniah kepada anak-anak yang berusaha untuk menyambung pengajian.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah menyediakan sejumlah besar bajet untuk inisiatif pendidikan hampir RM6.9 juta.

“Kerajaan Negeri juga akan memberikan ganjaran khas kepada anak-anak Negeri Sembilan yang cemerlang memperoleh ijazah kelas pertama,” kata Ismail.

Ismail mengesa ibu bapa untuk terus berusaha memberikan pendidikan kepada anak-anak.

“Anak-anak juga wajar mengenang jasa ibu bapa apabila berjaya nanti,” ujarnya.

Ismail turut menyentuh mengenai Undi-18 dan berkata Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan Undi-18 dan calon pilihan raya berumur 18 tahun pada Persidangan Dewan Undangan Negeri yang berlangsung tahun lepas.

“Ismail menggesa ibu bapa untuk memberikan pendidikan politik secara langsung kepada anak-anak dan tidak menghalang anak-anak yang berusia 18 tahun untuk terlibat di dalam politik kerana masa kini mereka adalah merupakan generasi yang diberikan hak eksklusif untuk menentukan hala tuju negeri dan negara,” kata Ismail.

Show More

Related Articles

Back to top button