Berita
Keluarga hadapi masalah tunggakan bil elektrik dibantu
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah membantu sebuah keluarga kurang kemampuan yang menghadapi masalah tunggakan bil elektrik.
Gunasekaren yang diwakili oleh Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali telah menyampaikan sumbangan kewangan RM500 kepada Puan Megala Maniam untuk melangsaikan bayaran bil elektrik yang tertunggak.
“Sebelum beliau telah menerima notis pemotongan bekalan elektrik.
“Diharapkan sumbangan ini meringankan beban yang ditanggung,” katanya.