Menarik

Keluarga Orang Asal kurang berkemampuan disantuni Musliadi

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu telah menyantuni sebuah keluarga kurang berkemampuan di Kampung Orang Asli Batu Peti, Jempol.

Musliadi berkata, setelah mendapat maklumat beliau terus ke rumah keluarga tersebut untuk memberi bantuan.

“Terdapat salah seorang ahli keluarga tersebut Orang Kurang Upaya (OKU) dan memerlukan lampin pakai buang.

“Bantuan kewangan, barangan keperluan dapur serta lampin pakai buang telah diberikan kepada mereka.

“Saya juga dapati rumah mereka dimasuki air apabila musim hujan kerana tiada sistem aliran longkang yang sempurna.

“Saya akan atasi masalah ini dengan segera,” kata Musliadi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button