Aktiviti

Individu OKU dapat perhatian Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren, telah menyantuni seorang individu Orang Kurang Upaya (OKU) di Taman Seremban Jaya Fasa 4.

Gunasekaren berkata, Encik Mohd Raffi Johari, 39 tahun, mengalami masalah penglihatan sejak dilahirkan.

“Encik Mohd Raffi kini dijaga oleh adiknya Encik Shami Johari.

“Beliau mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya menyalurkan barangan keperluan dapur bagi meringankan beban keluarga beliau,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Pengerusi KRT Taman Seremban Jaya Fasa 1, Tuan Hanapi.

Show More

Related Articles

Back to top button