Menarik

Kenang jasa ibu bapa apabila sudah senang: RAVI

SRI TANJUNG: Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, YB Dato’ M.Ravi menasihatkan golongan pelajar agar membalas jasa ibu bapa apabila sudah memulakan karier pekerjaan.

“Walaupun dalam keadaan sukar, ibu bapa tetap berikhtiar bagi tujuan pendidikan anak-anak.

“Kalau tidak cukup wang, ibu bapa sanggup meminjam duit semata-mata mahu memastikan anak-anak berjaya dalam pendidikan.

“Justeru, saya menasihatkan pelkajar yang sudah menamatkan pengajian di institut pengajian tinggi, apabila sudah mula menerima pendapatan (bekerja), bantulah ibu bapa dan adik-adik yang masih bersekolah,” kata Ravi.

Ravi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Penghargaan Institut Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button