Menarik

Gunasekaren lancar Kempen Semakan Daftar Pemilih

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah merasmikan Kempen Semakan Daftar Pemilih Peringkat DUN Seremban Jaya.

Gunasekaren berkata, semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh dilakukan di Tapak Pasar Malam Taman Seremban Jaya berhadapan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya pada setiap hari Isnin dan hari Jumaat bermula jam 6.30 petang hingga 8.30 malam.

“Jangan lepaskan peluang ini. Sila semak daftar pemilih anda bagi memudahkan proses mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti, kerana pengundi (pemilih) adalah penentu masa depan negara.

“Kakitangan pejabat saya juga mengedar pelitup muka dan pamplet yang mengandungi maklumat bagi menghubungi ahli majlis dan pembantu ahli majlis Majlis Bandaraya Seremban jika ada sebarang aduan atau isu setempat,” jelas Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button