Menarik

Kerosakan infrastruktur di pantai Port Dickson akan dibaiki segera

BAGAN PINANG: Kerosakan infrastruktur di pantai Port Dickson mendapat perhatian Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman.

Nasir berkata, beliau telah melawat kawasan pantai bersama Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bagi melihat dan mendapatkan maklum balas daripada pengunjung dan peniaga.

“Rata-rata pengunjung dan peniaga mahukan keadaan infrastruktur di pantai dibaiki segera kerana keadaan yang tidak selesa akibat dinding penghadang ‘main-hole’ dan salur paip bawah tanah yang tidak ditutup dengan kemas.

“Peniaga gerai juga memohon agar dibina ‘awning’ untuk dijadikan tempat letak barangan jualan, terutamanya pakaian supaya tidak basah akibat hujan.

“Aduan ini akan dibawa kepada pihak MPPD untuk tindakan yang sewajarnya,” ujar Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button