Gunasekaren mohon MBS ambil tindakan isu permukaan jalan Taman Seremban Jaya

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren bersama Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Jamilah Said Ali telah melawat tapak kerja penurapan (premix) jalan di Jalan SJ 3/11, Taman Seremban Jaya selepas menerima aduan berkenaan ketinggian jalan yang diturap melebihi paras sepatutnya.
“Hasil tinjauan mendapati jalan tersebut telah diturap setinggi 10 inci, sedangkan paras yang dibenarkan hanyalah sekitar dua inci.
“Keadaan ini amat berbahaya kepada pengguna jalan raya, terutamanya penunggang motosikal, dan boleh mengundang kemalangan.
“Malah kawasan ini memang dikenali sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan,” kata Gunasekaren.
Gunasekaren menggesa Majlis Bandaraya Seremban untuk mengambil tindakan segera bagi menyiasat dan membaiki permukaan jalan ini demi keselamatan penduduk setempat.