Kerajaan Negeri beri perhatian serius isu peniaga warga asing
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengambil serius terhadap isu peiaga warga asing yang semakin berleluasa khususnya di Nilai dan Seremban.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kita telah meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melihat lesen-lesen yang telah dikeluarkan.
“Kita ingin menyemak sama ada lesen tersebut disewakan kepada peniaga warga asing sebelum mengambil tindakan.
“Kerana kebanyakkan lesen yang dikeluarkan adalah sah, tetapi terdapat laporan bahawa pemilik lesen bertindak menyewakan lesen mereka.
“Selain itu, kita juga melihat sikap peniaga warga asing ini agak keterlaluan.
“Dalam pada itu, kita juga akan meminta kerjasama Jabatan Imegresen untuk melakukan pemantauan kepada semua warga asing ini untuk melihat permit yang mereka gunakan kerana kita tidak mahu ada warga asing yang mengambil kesempatan menyalah gunakan permit mereka,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian di sidang media oasca mesyuara Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri.