Berita

Kerajaan Negeri beri tumpuan bidang pendidikan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa memberi tumpuan terhadap bidang pendidikan di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Aminuddin Harun berkata, perkara ini dapat dilihat apabila pelbagai inisiatif dilakukan sejak 2019.

“Inisiatif tersebut diwujudkan bagi membantu membangunkan bidang pendidikan di negeri ini.

“Sebagai contoh, bantuan perkapita dan dermasiswa kepada institusi pendidikan Islam meningkat daripada RM2,484,520 pada 2021 kepada RM2,527,800 pada tahun ini.

“Besar harapan saya agar inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dapat melahirkan individu yang berilmu dan berjaya pada masa depan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button