Berita

Projek tanaman bijirin jagung mampu tingkatkan produktiviti

SEREMBAN: Projek tanaman bijirin jagung di Gemas mampu tingkatkan produktiviti dan pendapatan rakyat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri peka akan kepentingan keselamatan makanan dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil ini.

“Oleh yang demikian, Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) atau MBINS serta Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) bagi penanaman jagung atas tanah seluas 400 ekar di Gemas.

“Hal ini kerana, mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia sebanyak 12.54 juta tan jagung bijirin diimport daripada tahun 2016 hingga 2021.

“Menyedari potensi sektor tersebut, MBINS dan PKPS bersetuju melaksanakan projek tanaman bijirin jagung ini scara usahama.

“Projek ini mampu memberi kesan terhadap pengawalan harga jagung bijirin bagi tujuan makanan ternakan dan ruminan khususnya di kawasan Gemas dan Tampin serta Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button