Berita

Rafie santuni belia Taman Dusun Setia

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek menyantuni belia Taman Dusun Setia dengan penganjuran pertandingan sepak takraw di taman perubahan tersebut.

Mohamad Rafie berkata, pertandingan tersebut perlu kerap diadakan kerana ia sesuatu yang memberi manfaat.

“Sejak Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan membaik pulih gelanggang sepak takraw ini, ramai belia aktif bersukan di gelanggang ini.

“Sekaligus ia dapat mendatangkan faedah kepada mereka,” kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie menyampaikan hadiah kepada pasukan yang memenangi pertandingan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button