Berita

Gunasekaren gesa SPR kaji semula SMK Forest Height sebagai pusat mengundi

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula kedudukan strategik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Forest Heights sebagai pusat mengundi.

Gunasekaren telah turun padang ke SMK Taman Forest Heights bagi meninjau kedudukan sekolah ini sebagai pusat mengundi di DUN Seremban Jaya.

“Ini ialah kerana para pengundi terutama warga emas mengeluh kerana terpaksa berjalan dan mendaki jalan yang agak jauh sebelum ke bilik mengundi di sekolah ini.

“Ini ialah kerana jarak bangunan sekolah ini jauh dari jalan raya, malah pengundi terpaksa mendaki tangga yang tinggi untuk ke bangunan sekolah.

“Saya berharap pihak SPR dapat mengkaji semula kedudukan strategik sekolah ini sebagai pusat mengundi bagi memudahkan rakyat menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan mencadangkan memilih sekolah lain yang sesuai,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah dan Pengerusi KRT Fasa 1 Taman Seremban Jaya, Tuan Hanapi.

Show More

Related Articles

Back to top button