Berita

Cha sumbang RM20,000 kepada Sekolah Kebangsaan Jijan

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM20,000 kepada Sekolah Kebangsaan Jijan.

Cha berkata, RM13,000 diberikan bagi membantu pihak sekolah memasang penghawa dingin yang baru.

“RM4,000 adalah untuk kerja membaik pulih gelanggang takraw bagi kegunaan pelajar.

“Lagi RM3,000 pula diberikan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mengadakan aktiviti pelajar.

“Semoga sumbangan ini dapat memberikan keselesaan dan manfaat kepada warga sekolah ini,” kata Cha.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh wakilnya, Encik Azhar Kassim.

Show More

Related Articles

Back to top button