Berita

Kerajaan Negeri, MCMC dan DNB bincang sediakan 5G di Seremban, Nilai dan Sendayan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan dan Digital Nasional Berhad (DNB).

“Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan kesediaan rangkaian dan perkhidmatan 5G yang bermula di Bandar Seremban, Nilai dan Sendayan.

“Kerajaan Negeri akan memberikan sokongan serta kerjasama kepada SKMM dan DNB bagi membolehkan rakyat negeri ini menikmati kemudahan Rangkaian 5G di samping melonjakkan Negeri Sembilan dalam era Revolusi Industri 4.0, Insyah Allah.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pihak SKMM serta DNB atas kunjungan ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button