AktivitiProgram

Program Khatam Quran lahir generasi cinta Al-Quran

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, bahawa program tilawah al-Quran mampu melahirkan generasi cintai al-Quran.

“Al-Quran berfungsi sebagai pedoman hidup dan perlu dijaga kesuciannya.

“Sebagai orang Islam, terdapat lima kewajipan terhadap al-Quran.

“Al-Quran perlu dibaca dan dihafal isi kandungannya. Seterusnya, kita haruslah memahami atau mentadabbur isinya.

“Kemudian, al-Quran perlu diaplikasi dalam kehidupan seharian sebagai orang Islam.

“Akhir sekali, al-Quran juga perlu didakwahkan kepada orang lain dengan menyebarkan nilai-nilai murni di dalam Islam,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Perasmian Pertandingan Tilawah Al-Quran Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) Peringkat Kebangsaan Sempena Dekad Platinum bagi tahun 2022.

Aminuddin turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang.

“Semoga segala usaha yang dilaksanakan untuk memartabatkan Al-Quran bagi melahirkan generasi yang mencintai al-Quran akan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah serta diberkati oleh-Nya.

“Saya berharap agar program seperti ini dapat menjadi pemangkin kesejahteraan di bumi tercinta ini serta dapat merealisasikan kewujudan “Baidatun Toyyiban Warabbun Ghafur” (Negara yang baik dan mendapatkan keredhaan Allah) Insya-Allah,” tambah Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button