Berita

Kerajaan Negeri peka golongan berpendapatan rendah miliki rumah sendiri

SEREMBAN: Kerajaan Negeri peka terhadap golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, salah satu bukti bahawa Kerajaan Negeri komited adalah Rumah Harapan Rakyat (RHR).

“Pembiayaan pembinaan RHR adalah RM78,000 seunit.

“Tetapi, pemohon hanya perlu membuat bayaran balik sebanyak RM60,000 selama 30 tahun dengan amaun serendah RM200 sebulan.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 120 buah rumah sedang dalam proses dibina dalam dua fasa iaitu 60 buah rumah dalam fasa 1 dan 60 buah rumah dalam fasa 2 dengan belanja keseluruhan berjumlah RM10 juta,” kata Aminuddin.

Aminuddin menambah, rumah tersebut berkeluasan 750 kaki persegi.

“Reka bentuk menampilkan ciri-ciri moden serta dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, ruangan dapur dan ruang tamu.

“Semoga inisiatif ini dapat membantu lebih ramai lagi rakyat untuk memiliki rumah sendiri, Insya Allah,” tambah Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button