BeritaProgram

Kerajaan Negeri sasar 100 buah masjid jadi pusat pembangunan ummah pada 2024

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan mensasarkan sebanyak 100 buah masjid di serata negeri untuk menjadi pusat pembangunan ummah menjelang tahun 2024.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, institusi masjid perlu dijadikan sebagai pusat perhentian sementara umat Islam sebagai rujukan.

“Kita juga meletakkan sasaran bahawa bilangan jemaah meningkat sebanyak sekali ganda.

“Sebagai contoh, sekiranya hari ini jemaah yang hadir ke masjid seramai 100 orang, menjelang hujung tahun hadapan ia meingkat kepada 200 orang.

“Dalam masa sama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) juga turut menerbitkan Pelan Peningkatan Jemaah Masjid Negeri Sembilan (JEMAAH) dengan tujuan meningkatkan bilangan jemaah ke masjid.

“Oleh itu, besarlah harapan saya agar masjid di negeri ini dapat diimarahkan di samping memperkasakan masjid sebagai tempat perjumpaan, tempat interaksi sosial, tempat untuk menyatukan serta merapatkan hubungan silaturahim sesama ummah, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan Watikah Jawatankuasa Qariah Masjid Negeri Sembilan 2023-2023 di Klana Resort, Seremban.

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button