Berita

Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Negeri Sembilan kini dibuka

Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan bagi tahun ini telah dibuka.

Bantuan ini merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk membantu meringankan beban mahasiswa.

Layari laman sesawang berikut untuk melakukan permohonan:

https://www.yns.gov.my/v7/ms/bahagian/pendidikan/pembangunan-insan/bantuan-sara-hidup

Syarat permohonan adalah seperti berikut:

1. Pemohon kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan Alamat menetap pemohon wajib di Negeri Sembilan (berdasarkan paparan kad pengenalan yang dikemukan) Atau

2. Bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah menetap di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 6 tahun (Sila kemukakan sijil tamat Sekolah Rendah dan Menengah)

3. Hanya layak kepada pemohon peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sahaja.

4. Hanya layak kepada pemohon Institusi Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (IPTA) sahaja.

5. Terbuka kepada pemohon semester 1 ke atas serta pelajar tahun akhir tidak layak memohon.

6. Hanya layak pendapatan isi rumah ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM4,210 ke bawah.

7. Borang BSH 2023 dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat ADUN/DUN/Wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.

Show More

Related Articles

Back to top button