Berita

Kerajaan Negeri selesaikan isu geran tanah Felda Raja Alias 1 dan 2

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan telah berjaya menyelesaikan penyerahan geran kepada peneroka Felda Raja Alias 1 dan 2.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, isu ini merupakan perkara yang penting kepada rakyat di kawasan ini.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Jempol telah mengambil inisiatif mempercepatkan pengambilan dan bayaran pampasan pengambilan tanah.

“Jika perkara ini tidak diselesaikan, mungkin para peneroka perlu menunggu lima tahun lagi.

“Disebabkan itu, kesemua 36 tanah rancangan di Negeri Sembilan telah menerima geran hak milik.

“Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan tanah tersebut menjadi hak milik mereka.

“Besarlah harapan saya agar pemilik sentiasa berwaspada dengan pihak yang ingin mengambil kesempatan terhadap mereka,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button