Berita

Pelajar cemerlang SPM terima sagu hati dari Aidil

JUASSEH: Penyelaras DUN Juasseh, Tuan Mohd Aidil Abdullah telah menghulur sumbangan kewangan kepada Norfaraniza Zainal yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia di Kampung Asli Guntur.

“Tahniah kepada Adik Nofaraniza dan semoga sagu hati ini dapat memberi dorongan kepada beliau untuk berjaya dalam pendidikan pada masa hadapan,” kata Mohd Aidil.

Dalam pada itu, Mohd Aidil juga turut memberikan sumbangan kerusi roda kepada seorang pesakit strok di Kampung Jeram Tengkek.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Encik Zailan menghidap sakit strok.

“Oleh itu, beliau mengalami kesukaran untuk bergerak.

“Semoga sumbangan kerusi roda ini dapat memudahkan urusan Encik Zailan.

“Saya juga berdoa agar Encik Zailan segera sembuh seperti sedia kala,” ujar Mohd Aidil.

Show More

Related Articles

Back to top button