BeritaProgram

Kerajaan Negeri Sembilan beku kenaikan cukai

Langkah diambil sehingga masalah inflasi dikawal

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini meluluskan usul membekukan sebarang kenaikan cukai sehingga masalah inflasi dapat dikawal.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri mengambil ketetapan yang serius terhadap isu kenaikan kos sara hidup yang menyebabkan tekanan hidup yang tinggi kepada rakyat.

“Justeru, Kerajaan Negeri membekukan sebarang kenaikan kadar dalam apa jua cukai, sewa, caj atau apa-apa bayaran di bawah kawalan Pihak Berkuasa Negeri dan di bawah kawalan Pihak Berkuasa Tempatan sehingga masalah inflasi dapat dikawal,” kata beliau ketika membentangkan usul di Persidangan Kedua Penggal Kelima DUN Negeri Sembilan ke-14 pada Rabu.

Show More

Related Articles

Back to top button