Menarik

Konvensyen PBT mampu angkat sistem perundangan lebih digeruni

SEREMBAN: Konvensyen Perundangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), mampu menjadikan sistem perundangan di negara ini lebih digeruni.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, PBT perlu mempersiapkan langkah yang strategik bagi mengharungi cabaran semasa dan menggalas tanggungjawab yang diberikan.

“Perubahan persekitaran yang pantas telah mendesak kita juga untuk berubah menjadi lebih pantas dalam melakukan perubahan dan lebih berani mengambil langkah strategik.

“Saya juga berharap kerjasama dan persefahaman yang baik antara masyarakat dan pihak penguatkuasa akan mampu memperkasakan lagi komuniti.

“Hal ini supaya keharmonian masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum dapat dikekalkan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Konvensyen Perundangan Pihak Berkuasa Tempatan.

Show More

Related Articles

Back to top button