Berita

Kerajaan Negeri Sembilan belanja RM5 juta bangunkan semula Kampung Budaya Terachi

KUALA PILAH: Kerajaan Negeri Sembilan telah membelanjakan kira-kira RM1.2 juta untuk membangunkan semula Kampung Budaya Terachi untuk dijadikan kawasan tarikan pelancongan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, dahulunya kawasan ini adalah kawasan yang terbiar dengan bangunannya usang dan dipenuhi dengan semak samun dan seringkali menjadi rungutan dan aduan orang ramai.

“Melalui inisiatif Kerajaan Negeri, Kampung Budaya Terachi telahpun dihidupkan kembali dengan aktiviti pelancongan dan perniagaan melalui penempatan semula Kedai Makan Ain di dalam Blok A kawasan kompleks serta penganjuran tahunan Pesta Bola Ngocha di Stadium Ngocha Terachi yang berjaya menarik seramai 20 ribu pengunjung untuk hadir melibatkan penyertaaan 158 pasukan dari seluruh Negara termasuk dari negara Bangladesh.

“Projek Fasa 2 Kampung Budaya Terachi sedang dalam pembinaan melibatkan kos RM3 juta melalui peruntukan dari Kementerian Pelancongan melibatkan pembinaan 12 kiosk perniagaan berteraskan produk kraftangan dan makanan tradisi di Blok B Kampung Budaya Terachi.

“Selain itu, peruntukan sebanyak RM821 ribu telahpun diluluskan untuk pembinaan lampu limpah, tempat letak kereta dan naik taraf Stadium Ngocha Terachi.

“Di kawasan bersebelahan juga akan dilaksanakan Projek pengeluaran Beras Seri Menanti yang bakal menjadi produk utama yang akan dipasarkan di kiosk Kampung Budaya Terachi,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Pentas Terbuka dan WIFI Percuma Dataran Kuala Pilah, Majlis Perasmian Pilah Gateway dan Majlis Penyerahan Hakmilik atau Geran Tanah Pajakan Kepada Hak Milik Geran Tanah Kekal (Lease Hold to Free Hold) di sini pada Isnin.

Show More

Related Articles

Back to top button