Berita

Tujuh individu terima geran hak milik kekal

KUALA PILAH: Seramai tujuh individu telah menerima geran hak milik kekal daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, kesemua penerima sebelum ini memiliki geran hak milik secara pajakan.

“Menukar geran hak milik pajakan kepada kekal merupakan salah satu manifesto Pakatan Harapan sewaktu Pilihan Raya Umum 14 (PRU) yang lalu.

“Ia juga merupakan komitmen Kerajaan Negeri untuk membela nasib rakyat daripada pelbagai golongan.

“Dalam pada itu, seramai 13 orang turut menerima Borang 5A bagi urusan penukaran geran hak milik ini.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemilik yang berjaya mendapat hak milik kekal,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button